Portal KPTM Nursing


Join the forum, it's quick and easy

Portal KPTM Nursing
Portal KPTM Nursing
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Social Circle Mastery Braddock Pdf
Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah EmptyTue Mar 18, 2014 1:31 pm by jamtanel

» Sum 41-Pieces Mp3
Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah EmptyThu Dec 19, 2013 5:03 pm by 

» Linkin Park-We Made It (Single) Mp3
Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah EmptyThu Dec 19, 2013 4:51 pm by 

» Stock Vector - Menu Templates
Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah EmptyThu Dec 19, 2013 4:23 pm by 

» Nisfu Syaaban
Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah EmptyWed Aug 05, 2009 11:07 pm by mrjohan

» Segalanya Bermula Dengan Niat
Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah EmptyWed Aug 05, 2009 12:17 pm by mrjohan

» Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?
Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah EmptyWed Aug 05, 2009 12:16 pm by mrjohan

» Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah EmptyWed Aug 05, 2009 12:16 pm by mrjohan

» Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah EmptyWed Aug 05, 2009 12:15 pm by mrjohan

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 46 on Fri Mar 07, 2014 3:23 pm

Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah

Go down

Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah Empty Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah

Post  mrjohan Wed Aug 05, 2009 11:40 am

Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. [2]

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [4]

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba,

Bahaya Mulut Celupar Di Dunia Dan Akhirat
mrjohan
mrjohan
Admin

Posts : 35
Join date : 2009-07-02
Age : 37
Location : Jitra

https://portalkptmnursing.board-directory.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum