Portal KPTM Nursing
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Social Circle Mastery Braddock Pdf
Tue Mar 18, 2014 1:31 pm by jamtanel

» Sum 41-Pieces Mp3
Thu Dec 19, 2013 5:03 pm by 

» Linkin Park-We Made It (Single) Mp3
Thu Dec 19, 2013 4:51 pm by 

» Stock Vector - Menu Templates
Thu Dec 19, 2013 4:23 pm by 

» Nisfu Syaaban
Wed Aug 05, 2009 11:07 pm by mrjohan

» Segalanya Bermula Dengan Niat
Wed Aug 05, 2009 12:17 pm by mrjohan

» Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?
Wed Aug 05, 2009 12:16 pm by mrjohan

» Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
Wed Aug 05, 2009 12:16 pm by mrjohan

» Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Wed Aug 05, 2009 12:15 pm by mrjohan

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 46 on Fri Mar 07, 2014 3:23 pm

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

View previous topic View next topic Go down

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

Post  mrjohan on Wed Aug 05, 2009 11:52 am

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama

adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimah itu ialah dan . Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

mrjohan
Admin

Posts : 35
Join date : 2009-07-02
Age : 29
Location : Jitra

View user profile http://portalkptmnursing.forumotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum