Portal KPTM Nursing


Join the forum, it's quick and easy

Portal KPTM Nursing
Portal KPTM Nursing
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Social Circle Mastery Braddock Pdf
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan? EmptyTue Mar 18, 2014 1:31 pm by jamtanel

» Sum 41-Pieces Mp3
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan? EmptyThu Dec 19, 2013 5:03 pm by 

» Linkin Park-We Made It (Single) Mp3
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan? EmptyThu Dec 19, 2013 4:51 pm by 

» Stock Vector - Menu Templates
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan? EmptyThu Dec 19, 2013 4:23 pm by 

» Nisfu Syaaban
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan? EmptyWed Aug 05, 2009 11:07 pm by mrjohan

» Segalanya Bermula Dengan Niat
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan? EmptyWed Aug 05, 2009 12:17 pm by mrjohan

» Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan? EmptyWed Aug 05, 2009 12:16 pm by mrjohan

» Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan? EmptyWed Aug 05, 2009 12:16 pm by mrjohan

» Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan? EmptyWed Aug 05, 2009 12:15 pm by mrjohan

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 46 on Fri Mar 07, 2014 3:23 pm

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?

Go down

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan? Empty Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?

Post  mrjohan Wed Aug 05, 2009 12:16 pm

Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”
mrjohan
mrjohan
Admin

Posts : 35
Join date : 2009-07-02
Age : 37
Location : Jitra

https://portalkptmnursing.board-directory.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum